BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 2 Mac 2011

pEratURaN TaSKa


1)     Ibubapa perlu menghantar dan mengambil anak-anak di dalam kawasan taska sahaja.
2)     Pelajar yang terkena penyakit berjangkit tidak dibenarkan menghadiri sesi persekolahan sehingga benar-benar sembuh. 
3)     Botol susu,susu,tuala,beg,pakaian,pampers dan barang-barang mandian dan peribadi bagi anak-anak tuan/puan perlu dibawa sendiri.
4)     Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berada di dalam taska kerana ini akan mengganggu perhatian kanak-kanak.
5)     Bagi ibu bapa / penjaga yang  ingin memberhentikan anak mereka, perlu memberitahu pihak Taska Mutiara Mama.
6)     Setiap kali datang ke taska, kasut/selipar perlu diletakkan di atas rak yang disediakan dengan baik.
7)     Ibubapa perlu memberitahu penyelia sekiranya tidak dapat hadir/ lewat untuk mengambil anak-anak/ perlu mengambil anak-anak lebih awal supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini .
8)     Sekiranya orang lain selain ibubapa yang akan mengambil anak-anak, ibubapa diminta memberitahu terlebih dahulu agar pihak Taska Mutiara Mama mendapat maklumat dan tidak menyerahkan anak-anak anda kepada pihak yang salah.
9)     Sebarang barang perhiasan terutama yang bernilai, tidak dibenarkan pakai di dalam Taska Mutiara Mama.
10)Tidak dibenarkan membawa buaian/baby court/baby walker ke Taska Mutiara Mama
11) Yuran taska perlu dibayar sebelum 5 haribulan setiap bulan.
12) Bagi ibu bapa yang mengambil anak mereka lebih daripada perkhidmatan yang ditetapkan, kadar bayaran lebih masa adalah
RM 4.00 sejam.
13) Sekiranya ibubapa ingin menghantar anak mereka pada hari Sabtu,perlu maklumkan terlebih dahulu.
14)Setiap tahun ibubapa/penjaga perlu perbaharui pendaftaran anak-anak dengan bayaran RM10 sekiranya ingin menerima perkhidmatan kami lagi.