BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

DuNia Si MaNJa


Jangkitan Cacing Ganggu Tumbesaran

  •  Telur cacing masuk ke tubuh menerusi tangan, makanan kotor.
  •  PROTOZOA dan cacing adalah dua punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara tropika. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan berbilion orang malah membunuh jutaan yang lain setiap tahun. 
  •  Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan usia masyarakat. Bagaimanapun, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak.

  • Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.
  • Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.
  •  Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
 Komplikasi:

A) Cacing gelang
 
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar.

  • Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus.

  •  Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A – kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
B) Cacing cemeti
  • Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak.

  •  Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.
C) Cacing kerawit 
  • Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. 

  • Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.
 Simptom:

  • Kurang selera makan
  • Tumbesaran terganggu
  • Kerap muntah
  • Sakit perut
  • Kerap cirit-birit


ZAT MAKANAN UTAMA




DHA



   - kajian menunjukkan omega-3 seperti DHA banyak ditemui di 
    dalam:-  
                  * otak     * saraf     * retina


     ~ membantu perkembangan otak dan mata bayi@kanak-kanak.


KARBOHIDRAT


  - Ibu hamil memerlukan makro nutrien seperti karbohidrat.


     ~ berfungsi membekalkan tenaga harian iaitu sekitar 55% 
       makanan sumber karbohidrat.


KALSIUM & VITAMIN D


  - Untuk pengambilan tulang dan gigi sihat, pengambilan Vitamin
    D boleh diperolehi daripada :-
                 * cahaya matahari    * susu      * produk tenusu


     ~ berfungsi membantu penyelesaian kalsium dalam tubuh.


ASID FOLIK


     - Ibu hamil disaran mengambil 400-600 mcg asid folik sehari dan
    ia boleh didapati daripada :-
                             * sayur berdaun hijau     * kekacang


     ~ pembentukan hemoglobin iaitu pigmen yang mengangkut
       oksigen ke sel-sel tubuh.


     ~ berupaya mencegah kecacatan tiub sraf ( NTD ).


PROBIOTIK


   - Pengambilan suplemen probiotik berkualiti tinggi adalah bagus
   kerana di dalam usus,ia menghasilkan enzim dan Vitamin B 
   tertentu.


     ~ membaiki penghadamaan dan penyerapan nutrien. 


     ~ mencegah masalah sembelit dan radang usus.


PROTEIN 


  - Sekurang-kurangnya kurang 80 gm protein ini penting.


     ~ untuk perkembangan sel-sel baru bayi.






PERMASALAHAN BAYI


CIRIT-BIRIT

  - Masalah ini selalu berlaku pada bayi yang diberikan susu formula.Ia terjadi kerana beberapa sebab.Antaranya ialah bayi alah pada susu lembu @ botol susu yang kurang bersih.

   ~ Perkara yang perlu dilakukan ialah :-

  1.     Tukar susu formula kepada susu yang berasaskan soya kerana ia lebih 'lembut' dengan bayi.                                                                                              
  2.     Selalu tukar lampin bayi atau bertukar kepada lampin kain.Ini kerana ia lebih baik kerana bayi lebih selesa dan tidak merengsa kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia pada lampin pakai buang.

SELSEMA

  - Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk,bawa bayi ke klinik supaya kahak dan lendir disedut atau dibuang.

  - Antara petua bagi mengatasi masalah ini iaitu :-
  1. Gunakan kapur sirih dengan kunyit.                                     ~ Ambil kunyit hidup dan digeselkan dengan kapur makan.Sapu pada sepanjang batang hidung bayi.
  2. Gunakan Madu.                                                   ~ Madu mengeringkan kahak.Campurkan madu pada susu bayi atau beri bayi minum madu sedikit setiap hari.
  3. Gunakan daun sireh.                                             ~ Ambil beberapa helai daun sireh,ramas dengan tangan dan ambil lendirnya.Sapu lendir sireh tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.